LAMAN UTAMA MENGENALI JIN & ALAMNYA DAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR INFORMASI TERKINI
KATA BICARA
  • Kata Pendahuluan
  • E-mail Kami
  • T/Tangan BukuTetamu

  • MAKLUMAT UNTUK PESAKIT / PERAWAT
  • Panduan Pesakit/Perawat
  • Dairi Seorang Perawat
  • Sejarah ( Jin & Sihir )

  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( SINGAPURA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam
  • Thibbun Nabawi
  • Urut Dan Bekam
  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( NUSANTARA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam

  • DONASI UNTUK FAKIR MISKIN ( KEMBOJA )
  • Kampong Cham, Kemboja
  • Masjid Jamek Kg. Cham
  • Qurban 2013
  • Qurban 2014
  • Qurban 2015
  • Qurban 2016
  • DONASI UNTUK ANAK YATIM ( BATAM )
  • Kampong Belian, Batam
  • Madrasah Al-Haromain

  • JIN DAN ILMU SIHIR
  • Mengenali Jin
  • Jenis-Jenis Jin
  • Mengenali Sihir
  • Jenis-Jenis Sihir
  • Gangguan Jin
  • Kesombongan Iblis
  • Pengamal sihir
  • Mengusir Jin
  • Kesesatan dlm Rawatan
  • Mengenali Bomoh
  • Zikrul Maut
  • Dialog Dengan Jin
  • Amalan Khurafat
  • Wafaq

  • DOA & AMALAN HARIAN
  • Fadhilat Al-Fatehah / Kursi
  • Selawat Syifa' / Ruqyah
  • Ayat Wirid Mangsa Sihir
  • Ayat Wirid Mangsa Hasad
  • Ayat Mengatasi Sihir
  • Ayat Menjauhi Saka
  • Ayat Pelindung
  • Ayat-Ayat Doa

  • TEKNIK RAWATAN
  • Pengertian Ruqyah
  • Tahap Sebelum Rawatan
  • Proses Rawatan (Ruqyah)
  • Tahap Selepas Rawatan
  • Ayat-Ayat Syifa'
  • Ayat-Ayat Azab

  • AUDIO DIMUAT TURUN
  • Ayat-Ayat Rawatan

  • - Ayat Ruqyah
    - Ayat Wirid Mangsa Sihir
    - Ayat Wirid Mangsa Hasad
    - Ayat Azab
    - Ayat Syifa'
  • Ceramah Agama
  • Al-Quran

  • MUTAKHIR
  • Soalan & Jawapan
  • Nasihat & Penutup

  • PRODUK JUALAN
  • As-Sunnah Hub

  • LINK (RAWATAN ISLAM)
  • Thibbun Nabawi
  • Ruqyah Syar'iyyah S'pura
  • Ruqyah Syariyyah
  • Rawatan Akrin S'pura
  • Terapi Bil-Quran M'sia
  • Terapi Al-Quran S'pura
  • Darussyifa
  • Pusat Rawatan Islam
  • LINK ( ISLAMIAH )
  • Ceramah Islam
  • SimplyIslam
  • MHDS S'pore
  • Majlis Rasullullah
  • Majalah Al-Kisah

  • بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
    "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


    AYAT-AYAT MENGATASI GEJALA SIHIR

    Sila rujuk pada Topik "JIN DAN ILMU SIHIR" di bahagian "Jenis-Jenis Sihir" untuk memberitahu sedikit sebanyak cara menggunakan Ayat-Ayat Sihir di bawah ini.


    1.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-6 )

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
    الم
    | 1
    ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ | 2
    الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ | 3
    والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ | 4
    أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ | 5
    إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ | 6

    Alif Lam Mim (1).

    Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2).

    Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan ( mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).

    Dan orang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).

    Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya (5).

    Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman (6)


    2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255-257 )

    اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255

    لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ | 256

    اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ | 257

    Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang tetap hidup, yang kekal selamanya mentadbirkan (sekalian makhluk). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luaskan Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (255).

    Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Amat Mendengar, lagi amat Mengetahui (256).

    Allah Pelindung (Yang Mengawal dan Menolong) orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah tahgut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (257).


    3.) Al-Baqarah ( Surah 4: Ayat 284-286 )

    لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ | 284

    آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ | 285

    لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ | 286

    Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah) Allah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (284).

    Rasulullah telah beriman kepada apa yang yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata, "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-rasulNya". Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami taat.(Kami pohonkan) keampunan wahai Tuhan kami! Dan kepadamu jualah tempat kembali" (285).

    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terjadi olehNya. Ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakan. Dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo'a dan berkata), "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir".(286)

    Top


    Copyright © 07/07/2007. Rifin @ Hak Cipta Terpelihara.
    Best View : 1024 x 768 Resolution