LAMAN UTAMA MENGENALI JIN & ALAMNYA DAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR INFORMASI TERKINI
KATA BICARA
  • Kata Pendahuluan
  • E-mail Kami
  • T/Tangan BukuTetamu

  • JIN DAN ILMU SIHIR
  • Mengenali Jin
  • Jenis-Jenis Jin
  • Mengenali Sihir
  • Jenis-Jenis Sihir
  • Gangguan Jin
  • Kesombongan Iblis
  • Pengamal sihir
  • Mengusir Jin
  • Kesesatan dlm Rawatan
  • Mengenali Bomoh
  • Zikrul Maut
  • Dialog Dengan Jin
  • Amalan Khurafat
  • Wafaq


  • DOA & AMALAN HARIAN
  • Fadhilat Al-Fatehah / Kursi
  • Selawat Syifa' / Ruqyah
  • Ayat Wirid Mangsa Sihir
  • Ayat Wirid Mangsa Hasad
  • Ayat Mengatasi Sihir
  • Ayat Menjauhi Saka
  • Ayat Pelindung
  • Ayat-Ayat Doa


  • TEKNIK RAWATAN
  • Pengertian Ruqyah
  • Sifat-Sifat Perawat
  • Tahap Pertama
  • Tahap Kedua
  • Proses Rawatan (Ruqyah)
  • Ayat-Ayat Syifa'
  • Ayat-Ayat Azab
  • Tahap Ketiga & Zikir


  • AUDIO DIMUAT TURUN
  • Ayat-Ayat Rawatan

  • - Ayat Ruqyah
    - Ayat Wirid Mangsa Sihir
    - Ayat Wirid Mangsa Hasad
    - Ayat Azab
    - Ayat Syifa'
  • Ceramah Agama
  • Al-Quran


  • MUTAKHIR
  • Soalan & Jawapan
  • Nasihat & Penutup


  • PRODUK UNTUK DIJUAL
  • Buku/Audio Terapi Ruqyah
    (iPhone, iPod & iPad Apps.)
  • CD Ruqyah
  • CD Ruqyah Syar'iyyah
  • Buku Ruqyah
  • Buku Ruqyah Syar'iyyah
  • Air Za'faran
  • RnL-OnlineStore


  • LINK (RAWATAN ISLAM)
  • Ruqyah Syar'iyyah S'pura
  • Forum Rawatan Sihir
  • Darussyifa
  • Darrussalam
  • Klinik Darul 'Ilaaj
  • Pusat Rawatan Islam

  • LINK ( ISLAMIAH )
  • Ceramah Islam
  • SimplyIslam
  • MHDS S'pore
  • Majlis Rasullullah
  • Majalah Al-Kisah


  • بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
    "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


    SOALAN & JAWAPAN 3 - ( Sebagai Contoh )

    Soalan 3

    Adakah kita boleh datang berjumpa dan bertanya sesuatu perkara kepada tukang tilik atau tukang tenung, kemudian kita percaya kepada apa yang diteranginya?

    Jawapan Bagi Soalan 3

    Banyak hadith Rasulullah s.a.w. menjelaskan haramnya perkara tersebut. Antaranya Hadith yang diriwayatkan oleh Safiyyah binti Abu 'Ubayd, yang dipetik daripada beberapa orang isteri Rasullullah s.a.w. Kata mereka, Baginda telah bersabda :-

    "Sesiapa yang datang berjumpa tukang tilik atau tukang tenung kemudian percaya kepada apa yang diterangkannya, tidak diterima solatnya selama 40 hari." ( Riwayat Muslim )

    Daripada Ibn 'Abbas r.a. katanya, Rasullullah s.a.w. telah bersabda :-

    "Sesiapa mengambil ilmu daripada bintang-bintang, dia telah mengambil sebahagian daripada ilmu sihir. Jika banyak diambil, banyaklah ilmu sihirnya."
    ( Riwayat Abu Dawud dengan sanad sahih )

    Daripada Mu'awiyah Ibn Al-Hakam r.a. katanya :-

    "Aku memberitahu Rasullullah s.a.w. bahawa aku ini masih hampir dengan jahiliah ( masih baru
    memeluk Islam ), sesungguhnya Allah telah membawa Agama Islam dan ada di antara kami orang yang pergi berjumpa dengan tukang tenung." Nabi bersabda :-"Janganlah kamu datang kepada mereka."
    Aku berkata lagi :-"Ada di antara kami orang yang menghalau burung ( supaya terbang bagi mengetahui ke arah mana ia terbang untuk menentu sial majalnya)." Baginda berkata :-"Itu adalah sesuatu perkara yang kamu dapati berada dalam dada kamu ( perkara itu satu kepercayaan kamu ), maka jangan kamu percaya kepada tukang tenung atau tukang tilik.
    ( Riwayat Muslim )

    Daripada 'A'ishah r.a. katanya :-

    "Ada orang bertanya Rasullullah s.a.w. mengenai tukang tenung . Baginda menjawab :-"Mereka tiada
    apa-apa." Sahabat bertanya :-"Wahai Rasullullah, mereka kadang-kadang menerangkan sesuatu
    perkara dan didapati apa yang diterangkan itu benar." Rasullullah s.a.w. berkata :-"Perkara benar dan betul yang diterangkan itu adalah dipetik oleh Jin lalu disampaikannya ke telinga kawannya ( tukang-tukang tenumg ), kemudian mereka mencampur-adukkan berita itu dengan seratus kali bohong."

    ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

    Para Ulama' berpendapat haram bagi seseorang Muslim melakukan pekerjaan sebagai tukang tenung atau tukang tilik. Demikian juga haram hukumnya pergi bertanya kepada mereka sesuatu tentang perkara ghaib, bernujum, bertenung nasib dan sebagainya. Begitu juga wang ringgit atau hasil pendapatan yang diperolehi melalui cara tersebut. Bagi sesiapa yang telah terlibat dengan perkara ini, wajiblah baginya bertaubat segera dan menjauhi diri daripada perbuatan yang keji ini.

    Kesimpulannya, bahawa perbuatan bertenung, bertilik dan bernujum adalah dilarang oleh Islam dan termasuk dalam perbuatan Syirik Akbar.


    SOALAN & JAWAPAN 4 - ( Sebagai Contoh )

    Soalan 4

    Adakah menghadirkan atau menyeru roh-roh orang mati oleh Ahli Sihir ( Bomoh ) sebagaimana yang selalu didengar itu satu perkara yang betul dan benar?

    Jawapan Bagi Soalan 4

    Menghadirkan atau menyeru roh-roh orang mati adalah suatu perkara yang karut lagi dusta. Amalan ini sengaja dilakukan oleh golongan-golongan yang dianggap sebagai dajjal ( jahat ).

    Apabila roh seseorang yang mati itu bercerai dari badan ( jasadnya ), maka ia berada dalam kawalan Allah Ta'ala. Dia berada di tempat yang dikhaskan untuknya samada mendapat nikmat atau mendapat azab. Roh-roh tersebut tidak boleh keluar dari tempatnya bagi menyahut panggilan Ahli Sihir.

    Ayat Al-Qur'an ada menerangkan bahawa roh-roh orang mati berada dalam kawalan Allah, tidak boleh ditinggal atau diserah kepada kemahuan golongan dajjal bagi menipu orang-orang. Mereka mengguna cara ini untuk mendapatkan wang ringgit, bagi keperluan mereka. Allah Berfirman :-

    "Allah ( yang menguasai segala-galanya ). Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa ( nyawanya ) dari badannya - jiwa orang yang sampai ajalnya ketika matinya dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain ( ke badannya ) sehingga sampai ajalnya yang telah ditentukan......." ( Surah Al-Zumar 39:42 ).

    Previous | Top


    Copyright © 07/07/2007. Rifin @ Hak Cipta Terpelihara.
    Best View : 1024 x 768 Resolution

    free web hostingHosting24.com web hosting