LAMAN UTAMA MENGENALI JIN & ALAMNYA DAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR INFORMASI TERKINI
KATA BICARA
  • Kata Pendahuluan
  • E-mail Kami
  • T/Tangan BukuTetamu

  • JIN DAN ILMU SIHIR
  • Mengenali Jin
  • Jenis-Jenis Jin
  • Mengenali Sihir
  • Jenis-Jenis Sihir
  • Gangguan Jin
  • Kesombongan Iblis
  • Pengamal sihir
  • Mengusir Jin
  • Kesesatan dlm Rawatan
  • Mengenali Bomoh
  • Zikrul Maut
  • Dialog Dengan Jin
  • Amalan Khurafat
  • Wafaq


  • DOA & AMALAN HARIAN
  • Fadhilat Al-Fatehah / Kursi
  • Selawat Syifa' / Ruqyah
  • Ayat Wirid Mangsa Sihir
  • Ayat Wirid Mangsa Hasad
  • Ayat Mengatasi Sihir
  • Ayat Menjauhi Saka
  • Ayat Pelindung
  • Ayat-Ayat Doa


  • TEKNIK RAWATAN
  • Pengertian Ruqyah
  • Sifat-Sifat Perawat
  • Tahap Pertama
  • Tahap Kedua
  • Proses Rawatan (Ruqyah)
  • Ayat-Ayat Syifa'
  • Ayat-Ayat Azab
  • Tahap Ketiga & Zikir


  • AUDIO DIMUAT TURUN
  • Ayat-Ayat Rawatan

  • - Ayat Ruqyah
    - Ayat Wirid Mangsa Sihir<
    - Ayat Wirid Mangsa Hasad<
    - Ayat Azab
    - Ayat Syifa'
  • Ceramah Agama
  • Al-Quran


  • MUTAKHIR
  • Soalan & Jawapan
  • Nasihat & Penutup


  • PRODUK UNTUK DIJUAL
  • Buku/Audio Terapi Ruqyah
    (iPhone, iPod & iPad Apps.)
  • CD Ruqyah
  • CD Ruqyah Syar'iyyah
  • Buku Ruqyah
  • Buku Ruqyah Syar'iyyah
  • Air Za'faran
  • RnL-OnlineStore


  • LINK (RAWATAN ISLAM)
  • Ruqyah Syar'iyyah S'pura
  • Forum Rawatan Sihir
  • Darussyifa
  • Darrussalam
  • Klinik Darul 'Ilaaj
  • Pusat Rawatan Islam

  • LINK ( ISLAMIAH )
  • Ceramah Islam
  • SimplyIslam
  • MHDS S'pore
  • Majlis Rasullullah
  • Majalah Al-Kisah


  • بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
    "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


    SOALAN & JAWAPAN 1 - ( Sebagai Contoh )

    Soalan 1

    Saya seorang pemuda 25 tahun baru setahun berumahtangga. Rumahtangga kami aman dan bahagia. Tetapi dengan tiba-tiba isteri saya diganggu oleh penyakit aneh. Akibatnya rumahtangga saya menjadi kocah-kacir dan huru-hara. Suasana dalam rumah sudah tidak aman lagi. Setelah menanggung derita dan dukacita sekian lama, keluarga saya menasihati saya supaya pergi berjumpa Bomoh. Di atas desakan mereka saya pun pergilah membawa isteri saya berjumpa bomoh.

    Bomoh itu memberitahu saya bahawa ada Jin yang sedang duduk di atas kepala isteri saya. Lalu Bomoh itu menjampi isteri saya bagi menghalau Jin itu. Ini beralutan selama 15 hari. Kemudian bomoh itu membuat azimat untuk dipakai ke tengkuk isteri saya dan terus melakukan perbomohannya. Sungguhpun begitu, isteri saya tidak juga sembuh, bahkan masih tetap seperti dahulu. Apakah pendapat tuan terhadap masalah ini? Adakah cara tersebut dibolehkan dalam Islam? Adakah ini hanya suatu helah semata-mata kerana hendak mencari rezeki?

    Jawapan Bagi Soalan 1

    Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w. yang melarang kaum Muslimin daripada melakukan perkara-perkara seumpama itu dan menegah mereka yang mengubati penyakit dengan menggunakan azimat dan juga tangkal yang diikat pada tengkuk seseorang itu dengan tujuan untuk mengawal diri daripada jin ( hantu ). Sehubungan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :-

    "Sesungguhnya jampi mentera, tangkal, azimat dan ilmu guna-guna ( pengasih ) adalah syirik kepada Allah." ( Riwayat Ahmad Abu Dawud, Al-Bayhaqi dan Al-Hakim )

    Jampi mentera yang dimaksudkan di sini ialah jampi mentera yang tidak dapat difahami maksudnya dan juga mengandungi unsur-unsur syirik. Adapun jampi menurut sebagaimana yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. tidaklah dilarang, seperti jampi berikut :-

    "Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit; sembuhkankanlah kerana Engkaulah yang menyembuhkannya, tidak sembuhan melainkan sembuhan Engkau, sembuhan yang tidak
    meninggalkan apa-apa sakit lagi."
    ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari )

    Para Ulama' menyebutkan bahawa jampi itu diharuskan apabila ia mencukupi tiga syarat, iaitu :-

    1. Jampi itu hendaklah dengan menyebut nama Allah dan nama-namaNya dan juga sifat-sifatNya yang lain.
    2. Hendaklah dengan bahasa Arab atau dengan bahasa yang dapat difaham maksudnya ( tiada di dalamnya unsur-unsur syirik ).
    3. Hendaklah seseorang itu beri'tiqad bahawa jampi itu tidak boleh memberikan apa-apa kesan kecuali dengan takdir ( atau izin ) Allah.
    Tangkal azimat yang diikat oleh bomoh atau pesakit pada anggota tubuh telah diberikan berbagai-bagai nama, seperti penghalang, pengawal, pendinding dan sebagainya. Kesemuanya itu ditegah oleh Islam. Ada sekumpulan sahabat seramai 10 orang telah datang bertemu dengan Rasullullah s.a.w. untuk memberikan bay'ah kepada Baginda. Maka Nabi telah berbay'ah dengan 9 orang daripada mereka. Apabila ditanya kenapa Baginda tidak mahu menerima bay'ah dari seorang lagi, Rasullullah s.a.w. menjawab :-"Kerana dilengannya ada azimat". Selepas lelaki tersebut membuang azimatnya, barulah Baginda menerima bay'ahnya sambil bersabda :-

    "Sesiapa menggantungkan azimat ( dibadannya ) sesungguhnya dia telah syirik."
    ( Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Abu Ya'la dengan sanad jayyid )

    Maksud menggantungkan azimat di sini ialah mengikatnya pada anggota tubuh. Sememtara hati pemakainya menaruh harapan dan percaya kepada azimat itu. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad daripada 'Imran Ibn Husayn, bahawa Raslulullah s.a.w. ternampak di lengan seorang lelaki gelang kuning daripada tembaga. Nabi lalu bertanya : "Apakah ini?" Lelaki itu menjawab : " Aku pakainya untuk mengawal diri daripada penyakit di bahuku." Nabi lalu mengingatinya : "Sesungguhnya ia tidak dapat menambah sesuatu kepada engkau kecuali sakit. Oleh itu buangkan ia daripada tubuh engkau. Sesungguhnya jika engkau mati, sedangkan ia masih berada pada badan engkau, nescaya engkau tidak akan selamat selama-lamanya."


    SOALAN & JAWAPAN 2 - ( Sebagai Contoh )

    Soalan 2

    Di zaman moden ini pun ada juga orang yang mengatakan mengenai roh dan menyerunya. Kemudian berdialog dengan roh tersebut mengenai perkara-perkara mengenai alam ghaib. Ada juga bertanya bagaimana hendak mengubati penyakit aneh yang tidak dapat diubati oleh doktor. Perkara bid'ah ini telah tersebar luas dikalangan Masyarakat Melayu. Akhirnya ia menjadi pertanyaan kepada para Ulama' untuk mencari jawapan mengenai apa yang telah mereka lihat atau mendengarnya.

    Apakah disebalik kuasa ghaib yang tersembunyi itu sehingga boleh menggerakkan sesuatu benda dengan sendirinya? Adakah ia roh orang mati atau roh Jin 'Ifrit atau ia sejenis sihir? Adakah boleh seseorang itu menyeru dan menjemput roh-roh orang mati dari alam barzakh? Adakah dibolehkan kita bertanya roh-roh mengenai perkara-perkara ghaib dan percaya terhadap apa yang diterangkan roh-roh tersebut? Bolehkah kita meminta kepada roh supaya menyembuhkan penyakit kita, iaitu penyakit ganjil atau misteri, yang tidak dapat diubati oleh doktor?

    Jawapan Bagi Soalan 2

    Menyeru, memuja dan memanggil roh orang mati itu sebenarnya dusta belaka. Benda-benda ghaib yang hadir atau dijemput hadir ( oleh orang yang memanggil roh ) itu bukanlah roh-roh orang yang mati sesungguhnya mereka telah berbohong. Kekuatan tenaga ( atau benda ) yang tersembunyi itu adalah dari jenis Jin dan Syaitan yang cuba mengelirukan manusia. Dalam 'aqidah Islamiah banyak menyebutkan tentang mereka. Adanya jin dan syaitan satu hal yang tidak dapat disangkal lagi.

    Memanggil roh orang yang mati bertujuan untuk mengubati penyakit ganjil juga dusta belaka. Roh-roh orang mati sebenarnya berada dalam kawalan Allah Taa'la. Yang dipanggil itu sebenarnya ialah Jin atau syaitan. Jin dan syaitan juga adalah makhluk Allah, mereka tidak mempunyai kekuasaan apa-apa pun. Padahal merekalah penyebab penyakit aneh atau ganjil. Memasuki dan menduduki di dalam tubuh kita sehingga terganggunya perjalanan darah di dalam tubuh kita.

    Dalam hadith ini Nabi menyebut cara-cara mengubati penyakit sebagaimana yang diketahui oleh orang ramai di zaman ini, iaitu cara yang biasa dilakukan oleh mereka. Baginda sendiri berbekam dan menyuruh orang lain berbekam, juga baginda menghantar tabib ( doktor ) bagi mengubati sahabatnya. Nabi melarang menggangtung azimat dan lain-lainnya untuk mengubati penyakit. Baginda bersabda :-

    "Sesiapa menggantungkan azimat maka Allah tidak akan menyempurnakan kesihatan baginya dengan aziamt ( itu ) dan sesiapa yang menggantungkan wada'ah ( seperti menggantung kulit siput laut kepada anak-anaknya ) maka Allah tidak memberi ketenangan ( dengan wada'ah itu )." ( Riwayat Ahmad dan Al-Hakim )

    Sabdanya Baginda lagi :-
    "Sesiapa menggantungkan azimat maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah."
    ( Riwayat Ahmad dan Al-Hakim )

    Maksud menggantungkan azimat di sini ialah mengikatnya pada anggota tubuh. Sementara hati pemakainya menaruh harapan dan percaya kepada azimat itu. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad daripada 'Imran Ibn Husayn, bahawa Raslulullah s.a.w. ternampak di lengan seorang lelaki gelang kuning daripada tembaga. Nabi lalu bertanya : "Apakah ini?" Lelaki itu menjawab : " Aku pakainya untuk mengawal diri daripada penyakit di bahuku." Nabi lalu mengingatinya : "Sesungguhnya ia tidak dapat menambah sesuatu kepada engkau kecuali sakit. Oleh itu buangkan ia daripada tubuh engkau. Sesungguhnya jika engkau mati, sedangkan ia masih berada pada badan engkau, nescaya engkau tidak akan selamat selama-lamanya."

    Kalau begitu, apakah tujuan di sebalik gejala memanggil roh? Tidak lain kecuali hanya ingin mengganggu fikiran kita, menggongcangkan 'aqidah kita juga untuk memalingkan kita dari bersungguh ( dalam sesuatu perkara ) kepada bermain-main dan berhibur, sedangkan kehidupan yang ada di sebalik kita tidak ada bermain-main atau berleka-leka.

    Sesetengah pengkaji telah membuktikan bahawa di belakang kumpulan memanggil roh ( dan bercakap dengannya ) itu ada tangan-tangan gerakan zionis Yahudi antarabangsa yang menggunakan ( kumpulan itu untuk mencapai matlamat dan tujuan jahat mereka).

    Top | Next


    Copyright © 07/07/07. Rifin @ Hak Cipta Terpelihara.
    Best View : 1024 x 768 Resolution

    free web hostingHosting24.com web hosting