Alhamdulillah, syukur kehadhrat Allah Ta'ala kerana RawatanIslam telah melangkah setapak lagi mengikut peredaran zaman, sains dan teknologi dengan mengadakan Buku dan Audio Terapi Ruqyah Syar'iyyah dalam bentuk Aplikasi iPhone.
3 DALAM 1 - BUKU DAN AUDIO TERAPI RUQYAH SYAR'IYYAH
BUKU RUQYAH SYAR'IYYAH - Panduan untuk Mangsa Kerasukan Sihir, Pesakit dan Perawat
TERAPI RAWATAN AL-QURAN DAN AS SUNNAH - Bagi Mangsa Kerasukan Jin dan Sihir
TERAPI RAWATAN AL-QURAN DAN AS SUNNAH - Bagi menghadapi Gangguan Makhluk Halus dirumah, kedai dan pejabat.
LIDAH PENGARANG
Assalamualaikum w.r.t........... Selamat melungsur ke lelaman RUQYAH - Rawatan Islam Alternatif. Sebuah Hub Rawatan Islam yang pertama di Singapura.
Di lelaman ini mengandungi maklumat penting ( secara ringkas dan mudah difahami ) mengenai Kebesaran Allah s.w.t......kekufuran dan kesesatan manusia dan apa saja jua mengenai Jin, Syaitan, Iblis, Ilmu Sihir dan sekutu-sekutunya. Asal-usul mereka, perbuatan mereka, kerajaan mereka dan lain-lain lagi, termasuk cara pengubatan untuk menghalau atau memusnahkan mereka dengan cara pengubatan Islam menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur'an, Sunnah dan Hadith.
Matlamat saya membina lelaman ini ialah untuk memberi penerangan dan sedikit sebanyak nasihat sebagai teladan dan sempadan tentang makhluk-makhluk ini dan betapa bahayanya jika anda mengamalnya dalam apa jua cara sekalipun mahu memuja atau bersubahat dengan Ahli Sihir.
Semua informasi di lelaman ini adalah hasil kerjasama yang diberikan oleh para Ustaz, terutama sekali Prof. Dr. Ustaz Jumadi Mustar, guru yang telah banyak membimbing saya dalam bidang ini. Dan juga guru-guru yang lainnya seperti; Ustaz Fitras Bakaram, Ustaz Amran Kasimin, Ustaz Fauzi Mustafa & Sheikh Zahurin Al-Jawiyah. Tidak lupa juga pada teman-teman seperjuangan dan Ahli Perubatan yang berpengalaman dalam bidang perubatan islam, pengalaman & penyelidikan saya sendiri dan juga dari petikan buku-buku Agama.
Sebagai penutup tirai, diharapkan anda tidak akan terjerumus dalam perbuatan syirik ini dan seharusnya jauhkanlah diri anda dari terjebak atau menjadi ahli dari golongannya. Sesungguhnya, dekatkanlah diri anda pada Allah S.W.T. semoga anda dapat hidayat dan petunjuk dariNya. Jika sekiranya anda telah terlanjur, bertaubat nasuhalah dan kembali ke jalan yang diredhaiNya. Insya' Allah dosa anda dapat diampunkan. Ingatlah janganlah kamu mati dalam keadaan sesat.
Yang Ikhlas,
Rifin Hj. Musa
( RUQYAH - Rawatan Islam Alternatif Webmaster )
"Barangsiapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman"
( An-Nisa, Surah 4 : Ayat 38 )